Saturday 13 April 2024

MAJLIS PERSARAAN CIKGU ROSMAWATI BINTI JUMAAH

[ 4 April 2024 ] Pada hari khamis yang lalu telah berlangsungnya Majlis Persaraan salah seorang pendidik yang terunggul SMK Jitra iaitu Cikgu Rosmawati binti Jumaah. Dengan tulus dan ikhlasnya pihak SMJ akan sentiasa mendoakan Cikgu Rosmawati di luar sana. Jasa dan budi cikgu akan kami semua kenang. 

Orangnya luas berpengetahuan,
Sering dijadikan tempat rujukan,
Ribuan terima kasih kami ucapkan,
Di atas segala bantuan dan juga sumbangan.

" SMJ BEAT THE LIMIT" 

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENUTUP IHYA' RAMADHAN 1445H / 2024

Pada 4 April 2024, SMK Jitra telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Penutup Ihya' Ramadhan tahun 1445 Hijrah / 2024. Program ini disambut dengan jayanya dan dipermudahkan segala urusan. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua pentadbiran, guru dan para pelajar kerana telah berjaya mengkhatamkan Al-Quran ! 

"SMJ BEAT THE LIMIT"

Saturday 30 March 2024

MAJLIS IFTAR JAMA'I 1445H / 2024

[28/3/2024] Pada 17 Ramadhan tahun 1445 Hijrah telah adanya Majlis Iftar Jama'i 2024. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Mukhtar bin Mansor, Pengawai Pendidikan daerah Kubang Pasu. Majlis ini bermula pada jam 5:00 petang dan tamat pada jam 10:00 malam. 
        Semua guru dan pelajar turut gembira semasa majlis ini diadakan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak SMK Jitra yang bekerjasama dalam menjayakan majlis ini. Semoga SMK Jitra dapat mengadakan lagi majlis sebegini tahun hadapan. 

"SMJ BEAT THE LIMIT"

Thursday 21 March 2024

MAJLIS BACAAN YASSIN MEGA DAN KHATAM AL-QURAN KALI PERTAMA TAHUN 2024

[ 21 Mac 2024 ] SMK Jitra telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin Mega dan Khatam Al-Quran kali pertama pada tahun 2024. Majlis ini diadakan di Dewan Ibnu Sina SMK Jitra pada jam 7:15 pagi hingga 8:00 pagi. Majlis ini dihadiri oleh semua guru-guru berdedikasi dan para pelajar cemerlang SMK Jitra.                       
 Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang berjaya meluangkan masa bersama-sama membaca Al-Quran pada setiap pagi di Stadium Mini SMK Jitra ! 

Pergi ke pasar berjumpa kawan,
Beri salam dengan sopan,
Al-Quran adalah sebagai panduan,
Panduan untuk teruskan hidup.

"SMJ BEAT THE LIMIT"

Monday 11 March 2024

MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2024

[ 11 Mac 2024] Pada hari kedua persekolahan sesi 2024 , SMJ telah adakan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan di dewan Ibnu Sina ,SMK Jitra. Majlis ini diuruskan oleh Panitia Pendidikan Islam SMK Jitra. Sambutan Majlis Ihya' Ramadhan SMK Jitra pada tahun ini sangat meriah dengan kehadiran penceramah jemputan , selawat beramai-ramai dan lain-lain lagi . 
          Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna buat guru- guru , petugas dan para pelajar SMK Jitra. 

"SMJ BEAT THE LIMIT"

SENAMROBIK DAN GOTONG - ROYONG MADANI 2024

Pada 11 Mac 2024 telah berlangsungnya Program Senamrobik dan Gotong - royong Madani di SMK Jitra. Program ini telah bermula pada jam 8:00 pagi sehingga 10:00 pagi dan melibatkan semua para guru dan pelajar. Tahniah dan Syabas diucapkan atas semangat setiap pihak SMK Jitra yang komited menjayakan program Senamrobik dan Gotong - royong Madani para tahun ini. 

"SMJ BEAT THE LIMIT"

Saturday 27 January 2024

MAJLIS KUNJUNGAN ASPIRASI BARISAN TERTINGGI JPN & PPD

Pada 24 Januari 2024 yang lalu , Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan Majlis Kunjungan Aspirasi Barisan Tertinggi JPN dan PPD. Masjlis ini telah berjaya diadakan selama satu jam dari 7:30 pagi hingga 8:30 yang bertempatkan di Dewan Ibnu Sina , SMK Jitra. 
           Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak barisan tertinggi Jpn dan Ppd yang sudi untuk mengunjungi SMK Jitra. 

"SMJ BEAT THE LIMIT"  

Sunday 7 January 2024

KEJOHANAN RAGBI RMR SAKA 10's U14

[ 29 / 12 / 2023 ] Pada Jumaat yang lalu telah adanya Kejohanan Ragbi RMR Saka 10's U14 yang bertempat di Padang Ragbi 6 RAMD. SMK Jitra telah menghantar beberapa wakil pelajar untuk bertanding dan telah berjaya memperolehi tempat ketiga dalam kejohanan tersebut. Tahniah dan syabas diucapkan. 

"SMK BEAT THE LIMIT" 

Sunday 10 December 2023

NATIONAL YOUTH U21 VOLLEYBALL CHAMPIONSHIP

Pada 9 hingga 13 December 2023 , seorang pelajar SMK Jitra iaitu Najmie Zuhairy Bin Razali (7A1) telah berjaya terpilih menyertai National Youth U21 Volleyball Championship di Desaru , Johor. Tahniah diucapkan kepada Najmie Zuhairy  dan semoga berjaya ke peringkat seterusnya. 


" SMJ BEAT THE LIMIT "

Monday 27 November 2023

MAJLIS ANUGERAH KLUSTER KETERAMPILAN & KARNIVAL KOKURIKULUM 2023

[ 26 November 2023 ] Pada Ahad yang lalu , SMK Jitra telah mengadakan Majlis Anugerah Kluster Keterampilan dan Karnival Kokurikulum. Tahniah diucapkan kepada penerima - penerima Anugerah Kluster Kecemerlangan dan jutaan ucapan terima kasih diucapkan kepada para pelajar , guru dan waris yang bekerjasama bagi memeriahkan Karnival kokurikulum pada tahun ini. 

" SMJ BEAT THE LIMIT "

MAJLIS PERSARAAN CIKGU ROSMAWATI BINTI JUMAAH

[ 4 April 2024 ] Pada hari khamis yang lalu telah berlangsungnya Majlis Persaraan salah seorang pendidik yang terunggul SMK Jitra iaitu Cikg...